Monday 18 February 2013

Sukan Bendang PERLIS: Mengusik Kenangan Pesawah




PADANG BESAR – Acara sukan bendang yang jarang-jarang sekali didengari telah diadakan di Titi Tinggi Hilir, Padang Besar, Perlis. Program anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Titi Tinggi dan Pemuda UMNO Padang Besar diadakan dengan kerjasama Majlis Belia Felda Negeri Perlis.

Program yang dirasmikan oleh saudara Azizan Sulaiman, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Padang Besar mewakili Ketua Umno Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin. Turut hadir bersama Ketua Pemuda UMNO Negeri Perlis Merangkap Ketua Pemuda UMNO Padang Besar, Mohsin Yusuff dan Pengerusi Majlis Belia Felda Negeri Perlis, saudara Kasmirul Azli Bin Mat Kasa.

Acara yang bermula seawal 8.30 pagi dimulakan dengan acara mewarna untuk kanak-kanak pra sekolah. Seterusnya diikuti dengan acara sukan bendang berupa permainan sukan tradisional yang diadakan di dalam bendang yang becak. Antara sukan tradisional yang dijalankan ialah tarik upih, kerusi berirama, tarik tali, bawa bola ping pong, tiang licin dan banyak lagi acara yang menarik.

Antara acara sukan yang agak mencuit hati hadirin ialah acara cari selipar dalam bendang dan tangkap itik dalam bendang. Bukan sesuatu yang mudah untuk peserta berlari mengejar itik yang liar dan mencari selipar di dalam bendang yang becak dan berlumpur di mana para peserta dapat merasai sendiri peritnya seorang pesawah mengerjakan sawah padinya apabila berada di dalam lumpur.

Usaha Pemuda UMNO Titi Tinggi harus dicontohi oleh semua rakyat Malaysia di mana sukan tradisional yang kebiasaannya dimainkan di atas padang ditukar lokasinya ke dalam bendang. Pasti akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihat. Secara kebetulan sekumpulan pelancong dari Vietnam yang melintasi kawasan program diadakan dan bersinggah, lalu melihatnya sesuatu yang asing bagi mereka. Mereka memberi pujian bahawa sukan ini sangat menarik dan pertama kali melihatnya.

Semua acara selesai dan tamat pada jam 2.00 petang diakhiri dengan penyampaian hadiah dan jamuan rakyat. Semua yang hadir berpuas hati dengan program yang diadakan dan berharap program sebegini akan diadakan di peringkat yang lebih tinggi lagi.

GAMBAR SEKITAR PROGRAM















Ulasan MKG:

Tahniah kepada warga Perlis, syabas di ucapkan kepada yang menang dan kepada yang tak berapa nak menang tu boleh cuba lagi di tahun akan datang...

Tahniah juga kepada UMNO kerana telah menjayakan program sebegini yang mana pasti dapat merapatkan lagi jurang antara rakyat dengan pemimpin kite...

Ape pula anjuran puak pembangkang??? Sian... sekarang tengah sibuk meraih simpati undi,.. tengah sibuk mencari fitnah baru untuk memburukkan PM kite... Ape pula fitnah yang akan datang... Bawa-bawala bertaubat...

RUMAH KATA PERGI, KUBUR KATA MARI!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...