Sunday 17 February 2013

Harun Din Dimaki Hamun Pimpinan Pas Kerana Pertahan Kalimah Allah



Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din sekali lagi menyuarakan bantahannya terhadap gesaan yang dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang sebelum ini meminta agar kerajaan persekutuan membenarkan pengunaan kalimah Allah oleh mereka yang beragama Kristian.

Haron Din menyuarakan bantahan tersebut ketika menyampaikan ceramahnya baru-baru di sebuah masjid di Taiping, Perak. Ia dilakukan di hadapan para pengikut dan penyokong Pas sebagai reaksi terhadap polemik yang dibangkitkan ini.

Ekoran ketegasan beliau itu, menurutnya telah mengundang kemarahan di kalangan sesetengah pihak. Dan yang paling mengejutkan ada di kalangan pimpinan Pas yang tergamak menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memaki hamun beliau.

“Bila dengar saya agak bertegas sikit, mereka hantar sms maki saya, (dengan mengatakan saya) berfikiran sempit, tidak faham situasi (dan) tidak reti bahasa” katanya dengan nada kecewa.

Walaupun di dalam kenyataan beliau itu tidak dinyatakan secara khusus siapa yang bertanggungjawab menghantar SMS caci maki itu, namun ramai pemerhati politik merasakan perbuatan itu di dalangi oleh pimpinan Pas dan PKR. Ini kerana sebelum ini, mereka adalah antara yang bersetuju membenarkan pengunaan kalimah itu.

Disebabkan ketegasan beliau itu, mereka melihat ramai penyokong akar umbi Pas yang bangkit dan menyuarakan sokongan terhadapa tindakan Haron Din itu. Ia juga secara tidak langsung telah memberikan tekanan kepada pimpinan atasan baik di dalam Pas mahupun PKR agar menarik balik persetujuan yang telah diberikan sebelum ini.

Anwar Ibrahim sebelum ini ketika diminta mengulas lanjut, cuba mengambil jalan selamat dengan menyalahkan Hadi Awang kerana kenyataan yang dibuat sebelum ini. Ketua Pembangkang itu turut mengatakan ia diambil hasil persetujuan bersama, dan Hadi Awang selaku Presiden Pas belum membuat sebarang ketetapan atau mengemukakan cadangan kepada Majlis Presiden pakatan pembangkang untuk meneliti atau menarik kembali keputusan yang dibuat sebelum ini.

Menurut beliau lagi, walaupun dilemparkan dengan pelbagai kata-kata yang kurang enak itu, bagi pihak dirinya ia tidak mengapa malah meminta masyarakat agar memikirkan kesannya kepada masyarakat sekiranya kalimah Allah dibenarkan pengunaannya kepada bukan Islam.

Haron Din turut melahirkan kekecewaan terhadap segelintir orang Islam yang menyokong pengunaan tersebut. Sebelum ini beberapa pimpinan pakatan pembangkang dilaporkan menyokong gesaan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu seperti Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Nik Aziz, Mat Sabu dan sebagainya.

Mengulas lanjut, Haron Din mengatakan akan mempertahankan kalimah Allah ini sehingga ke akhir hayatnya dan tidak akan redha dengan perkataan Allah yang dikufurkan.

Sumber: KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...