Sunday, 24 February 2013

Janji Ditepati VS Kebangkitan Rakyat


Di Malaysia terdapat dua pertandingan parti yang dilihat membawa agendanya tersendiri untuk memikat hati rakyat yang sentiasa menilai siapa baik dan siapa tidak baik. Rakyat menjadi pengadil kepada pertandingan yang diadakan bagi mencapai matlamat politik masing-masing.

Bagi pihak kerajaan, slogan “janji ditepati” merupakan ayat-ayat yang rakyat sedia maklum bahawa setiap janji atau manifesto kerajaan pasti akan ditepati. Sebaliknya bagi pihak pembangkang pula, sentimen meniup semangat kebangkitan rakyat agar menentang kerajaan dipertaruhkan bagi mencapai matlamat politik sempit.

Dapat kita lihat dua perbezaan dalam perjuangan politik Malaysia yang dilihat agak kotor kebelakangan ini berbanding pada PRU yang lepas. pelbagai agenda yang pembangkang  aturkan dengan tujuan untuk meniup semangat kebangkitan rakyat. Pelbagai cerita disebarkan tanpa mengambil berat kesahihan cerita tersebut.

Bagi kerajaan, prinsip perlaksanaan “janji ditepati” dilihat berjalan secara sederhana tanpa menghasut pengikutnya untuk membenci dan mengecam pihak pembangkang, malah hanya berkempen untuk memastikan rakyat sentiasa berpuas hati dengan kredibiliti kerajaan Malaysia.

Berbeza dengan prinsip “kebangkitan rakyat” yang jelas dapat dilihat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat kebanyakan melaungkan kebencian terhadap kerajaan dan membuatkan semangat pengikut-pengikutnya membuak-buak bencikan kerajaan. Ianya berlaku di pentas-pentas ceramah dan di alam maya blog atau facebook.

Cuba anda bezakan dua perjuangan parti politik untuk mencapai matlamat masing-masing ini. Pasti anda sebagai penilai dapat melihat bagaimana suasana politik di Malaysia sekarang. Perjuangan untk rakyat adalah untuk membela rakyat dan memastikan rakyat selesa hidup di Malaysia. Tetapi kenapa pembangkang perjuangkan rakyat dengan cara meniup rasa kebencian kepada kerajaan pemerintah?

Adakah sikap pembangkang merupakan sikap mulia dan boleh ditunjukkan sebagai perkara yang positif? Anda sebagai rakyat boleh tentukan. Dua misi parti politik di Malaysia jelas kelihatan sekarang. Tiada perkara yang tersirat dapat dilihat dan semuanya dilakukan secara terang-terangan semata-mata untuk meraih undi dan simpati rakyat.

Apa yang harus anda nilaikan, di manakah silapnya permainan politik yang tampak jauh perbezaan ini? Kerajaan yang sentiasa memperjuangkan rakyat dan pembangkang yang ingin menjatuhkan kerajaan yang selama ini bertungkus-lumus membela rakyat.

Kini pilihan di tangan anda. Adakah anda memilih kerajaan yang sedia ada dengan perjuangan bersih semata-mata untuk rakyat atau pembangkang yang hanya tahu menghasut rakyat untuk membenci kerajaan. Dua perjuangan yang pastinya banyak perbezaan dan anda perlu pertimbangkannya.

Sumber: KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...