Thursday 2 May 2013

VIDEO PANAS !!! Makcik Kecewa Diaib dan Difitnah Fariz Musa ????


Seorang penduduk Kampung Merchong kecewa dan sedih dengan tindakan Fariz Musa, calon PKR bagi Parlimen Pekan yang mengaibkannya dalam ceramah kononnya beliau mandi air longkang dan tidak mendapat bantuan kerana orang Pas.
Fariz Musa yang juga penyelaras Jingga 13, bukan sahaja giat didalam medium media sosial, malah turut giat juga didalam sesi ceramahnya menjaja sebuah kisah “Makcik Merchong”.
Sehingga 2 malam lepas, Fariz Musa masih terus membangkitkan isu “Makcik Merchong” ini.
Mungkin ramai yang tidak tahu tentang kisah sebenar “Makcik Merchong” ini dan mungkin ada yang tidak tahu apa-apa langsung.
Kisah “Makcik Merchong” ini pernah disiarkan didalam keadilandaily ditulis oleh Arif Juhani dengan tajuk “Ribuan warga Myanmar, Kemboja dapat IC, undi Najib di Pekan?”.


Didalam artikel ditulis Arif Juhani tersebut, 4 perenggan terakhir merupakan fitnah terhadap individu tidak berdosa yang dilemparkan untuk tujuan politik sempit dan kotor PKR dalam keterdesakan meraih undi.
Tambah Koordinator NGO Jingga 13 itu, ketika di Merchong, beliau bertemu seorang warga emas lingkungan 60 tahun dalam sebuah rumah yang uzur tanpa bekalan air dan elektrik.
“Saya diberitahu, beliau hanya mendapatkan air dari longkang dan parit untuk kegunaan seharian dan sebenarnya masih ramai lagi penduduk Pekan mengalami kedaifan serupa.
“Menurut mangsa, caj deposit lebih RM1,000 yang dikenakan untuknya mendapat bekalan elektrik sangat jelas tidak mampu dibayar,” kata Fariz.
Dalam perkembangan berkaitan, Fariz menyatakan, wujud isu warga emas lain yang dinafikan hak mendapatkan bantuan kebajikan kerana bukan ahli Umno. – keadilandaily
Warga emas yang dimaksudkan inilah yang penulis maksudkan sebagai “Makcik Merchong” kerana selepas Fariz Musa giat mempromosikan isu ini, maka warga emas ini diberikan nama jolokan “Makcik Merchong”.
Apa yang agak melucukan adalah, Fariz Musa dalam “melelong” fitnahnya itu, dia sendiri tidak tahu nama sebenar “Makcik Merchong” ini.
“Makcik Merchong” ini atau nama sebenarnya Salasiah, telah penulis kunjungi dan ketika itu beliau ada bersama anaknya Zakaria, dan kedatangan penulis disambut baik.
Katika ditanya tentang kehadiran Fariz Musa kerumahnya, beliau menyatakan bahawa beliau tidak mengenali siapa Fariz Musa namun mengakui pada hari didatangi oleh orang asing tidak dikenali terdapat ceramah di markas pembangkang berdekatan rumahnya.
Anak beliau juga mengatakan bahawa ibunya didatangi tanpa sebarang keizinan.
Katika ditanya tentang menggunakan air longkang sebagai penggunaan harian, Salasiah menafikan sekeras-kerasnya.
“Ayaq (air) longkang tu yang kotoq (kotor)… ayaq (air) limbah… makcik mandi guna air parit ni ha… parit ni bukan kotoq (kotor)… bersih… longkang tu yang kotoq (kotor)… nak masak nak minum ada air paip…” jawab beliau dalam dialek Kedah menafikan dakwaan Fariz Musa.
“Apa yang nak tipu ni… Paip semua dah siap pasang… Untuk masuk letrik pun dah siap… Cuma belum masuk je lagi sebab rumah ni kira baru lagi…” jawab anaknya Zakaria.
Ketika ditanya berkaitan laporan keadilandaily (salinan diserahkan kepada anaknya), Zakaria memberitahu laporan berkenaan adalah fitnah dan memalukan keluarganya.
“Tak patutlah buat macam ni… memalukan mak saya… cakap mandi longkang ni semua… minum air longkang…” tambahnya.
Kemudian penulis menemui ketua kampung, Mohd Akhir Bin Yunus untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Menurut Mohd Akhir, Salasiah adalah antara penduduk awal yang membuka kampung ini.
Selepas berkahwin, beliau telah berpindah ke Nenasi mengikut suami, namun selepas kematian suaminya, beliau berpindah semula ke Merchong kira-kira 3 tahun yang lepas.
Sekembalinya ke Merchong, terdapat masalah berkenaan rumah asalnya berkaitan dengan tuan milik tanah.
Kamudian, Salasiah dalam tergesa berpindah ke kawasan paya ini dan mendirikan rumah.
Sebaik sahaja mantan ADUN yang ketika itu berkhidmat sebagai YB iaitu YB Sahak mendapat tahu tentang Salasiah yang terpaksa berpindah ke kawasan paya untuk mendirikan rumah dalam keadaan tergesa, YB telah membantu Salasiah mendirikan rumah, menambak, membuat jalan dan pelbagai bantuan yang diperlukan untuk keselesaan Salasiah.
Salasiah juga tidak mahu tinggal di rumah anak-anaknya yang lain sebaliknya memilih untuk menetap dirumah berkenaan bersama anaknya Zakaria.
Penulis cuba mendapat respond beberapa penduduk kampung berkaitan artikel yang disiarkan didalam keadilandaily berkenaan dan juga penyebaran fitnah Fariz Musa didalam media sosial dan juga ceramahnya.
eberapa penduduk kampung juga telah penulis tanyakan berkaitan perihal “Makcik Merchong” ini.
Rata-rata penduduk tidak tahu menahu berkaitan fitnah yang sedang Fariz Musa lemparkan kepada Salasiah dan rata-rata penduduk tempatan juga menafikan apa yang difitnah oleh Fariz Musa tersebut.
Masing-masing meluahkan rasa terkejut dengan tuduhan Fariz Musa berkenaan, dan ada yang meluahkan rasa marah kerana dakwaan Fariz Musa mengatakan penduduk yang susah tidak diberikan bantuan oleh kerajaan.
Mereka menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan.
Menurut penduduk kampung yang tidak mahu namanya disebut, menyatakan bahawa kerajaan memberikan bantuan kepada semua tanpa memilih parti.
Malah sebuah rumah yang dibantu oleh kerajaan kini telah bertukar menjadi markas pembangkang dan berjalannya ceramah-ceramah pembangkang.
“Sudahlah rumah berkenaan dibantu oleh kerajaan, boleh pula bising dapat bumbung warna biru sebab nak bumbung warna hijau… Tak bersyukur langsung…” katanya sinis.
Pada pandangan penulis, kempen Fariz Musa dalam memburukkan dan memalukan Salasiah sekeluarga dan penduduk tempatan di Merchong kini hanya menjadi jenaka kepada penduduk di Pekan.
Dalam menjaja cerita “Makcik Merchong” ini, nama sebenar “Makcik Merchong” pun Fariz Musa tak tahu, macam ni punya orang pun ada…
Malah sebenarnya, ramai yang tidak tahu siapa Fariz Musa.
Kalau ada yang tahu pun, mereka ketahui Fariz Musa ini sebagai menantu peneroka Felda Chini yang ada kes “moral” semasa menjadi Guru.
Jadinya, warga Pekan hanya tahu “kes” Fariz Musa dan tidaklah mengenali siapa Fariz Musa ni.
Adalah menjadi satu kebiasaan buat pembangkang akan mempergunakan apa cara sekalipun bagi meraih simpati dan juga sokongan rakyat waima memalukan sesiapa sahaja jua.
Dan itulah juga yang dilakukan oleh Fariz Musa, calon pembangkang (PKR) Parlimen Pekan (P085) yang mencabar penyandang kerusi Parlimen Pekan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri kesayangan rakyat Malaysia, didalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Sebaiknya, Fariz Musa ni berhenti memfitnah Salasiah yang tak berdosa apa-apa dengan Fariz Musa ni.
Berpolitk dan berkempenlah cara matang dan berhemah sepertimana “style” atau cara kempen Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib, calon Barisan Nasional dan penyandang Parlimen Pekan.

SUMBER> KLIK SINI



Friday 22 March 2013

Nur Misuari Musuh Negara !!!!


Krisis pencerobohan yang berlaku di Sabah kian menarik untuk diikuti apabila bekas pemimpin utama MNLF iaitu Nur Misuari semakin berani memperlihatkan sikap permusuhannya dengan negara ini.

Rakan baik kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim itu tanpa berselindung telah menuduh Malaysia adalah penjajah di Sabah, satu tuduhan yang jelas bermotifkan niat jahat selain tersirat keinginan Misuari untuk merampas Sabah.

Baru-baru ini media perdana telah mendedahkan perancangan Nur Misuari sekitar tahun 2007 untuk menawan Sabah dalam tempoh beberapa jam. Dan pencerobohan yang berlaku kali ini juga menunjukkan wujudnya kaitan langsung dengan bekas pemimpin MNLF itu.

Itu cukup membuktikan Nur Misuari bukannya seorang rakan sejiran yang baik sebaliknya bekas pemimpin MNLF itu lebih layak digelar sebagai musuh negara yang wajar diperangi.

Menariknya selepas kenyataan Nur Misuari yang memperolokkan Malaysia, tiba-tiba sahaja Ketua Umum PKR mengeluarkan kenyataan seperti bersetuju dengan pandangan rakannya itu apabila menyatakan kesediaannya merundingkan kedudukan Sabah dengan Filipina.

Jika isi rundingan bertujuan untuk membincangkan pasukan pengganas Sulu pro Jamalul Kiram III menyerah diri, tentunya rakyat menyambut baik, tapi bila tujuannya bermaksud merundingkan kedudukan Sabah sesuai dengan tuntutan Filipina dan Jamalul Kiramm III, itu namanya pengkhianatan.

Siapa Anwar dan siapa Misuari? Adakah kedua-duanya rakyat Sabah? Tentu sahaja bukan. Jadi mereka tidak berhak untuk menentukan kedudukan Sabah. Apa lagi yang hendak dirundingkan, sedangkan keputusan Suruhanjaya Cobbold pada 1963 telah mengesahkan rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia.

Bagi rakyat Sabah isu penjajahan langsung tidak timbul sejak 1963 secara automatik Sabah adalah milik sah Malaysia. Itu kehendak rakyat Sabah yang tidak perlu dipertikaikan oleh Anwar dan tidak layak di tukar ganti oleh Nur Misuari.

Malah tuduhan Misuari kononnya Malaysia memperalatkan MILF semata-mata untuk mengekalkan penguasaan ke atas Sabah juga tidak benar sama sekali memandangkan perjanjian damai di antara MILF dengan Kerajaan Filipina sama sekali tidak melibatkan isu mengenai Sabah.

Sekalipun Filipina pernah menuntut kedaulatannya ke atas Sabah konon dengan menggunakan alasan ia milik Kesultanan Sulu, namun perkara ini sudah pun selesai selepas Filipina menggugurkan tuntutannya pada 1989, manakala Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2001 pula berpihak kepada Malaysia.

Berdasarkan rentetan sejarah ini jelas sekali Sabah kekal milik Malaysia dan isu penjajahan langsung tidak timbul. Sebaliknya yang terang-terangan cuba mengganggu ketenteraman di Sabah ialah geng pengganas Sulu Jamalul Kiram III yang mendapat dukungan Nur Misuari.

Isu yang sepatutnya ditekankan sekarang ialah Misuari dan Jamalul Kiram III telah menceroboh kedaulatan Malaysia, dan mereka adalah musuh negara. Soalnya sekarang kenapa Anwar beria-ia mahu merundingkan kedudukan Sabah dengan musuh negara?

Sumber: KLIK SINI

Thursday 21 March 2013

PDRM Sedia Hadapi Pelbagai Kemungkinan Pilihan Raya – KPN


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan dalam pilihan raya kali ini biarpun dijangkakan lebih mencabar berbanding pilihan raya sebelum ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata PDRM melakukan persiapan rapi kerana komited untuk merealisasikan hasrat dan dasar dalam menentukan ketenteraman awam diberi keutamaan demi kesejahteraan rakyat.
Katanya antara persiapan yang dibuat termasuklah mengadakan kursus, mengenal pasti bentuk penugasan pilihan raya, keperluan logistik dan kebajikan.

“Elemen tenaga sumber manusia dan sokongan logistik seperti kenderaan dan komunikasi perlu diaturkan penugasan secara strategik supaya semua situasi dapat ditangani. Persiapan juga termasuklah mentafsir tahap ancaman dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook PDRM pada Khamis.

Ismail berkata advokasi melalui media baharu seperti Facebook, Twitter, Portal Rasmi PDRM juga menjurus kepada kempen keamanan demi mencegah penularan hasutan dan berita palsu berkisar kepada PRU-13. Beliau menegaskan polis yang bertugas pada pilihan raya nanti tidak akan berkompromi dengan apa jua anasir dan bertindak tegas terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang.

Katanya rakyat perlu diberi keyakinan bahawa ketenteraman dan keselamatan sepanjang proses pilihan raya kelak akan dijamin berjalan dengan lancar dan adil.

“Desas-desus dan hasutan yang mengapi-apikan keadaan huru-hara seperti rusuhan kaum dan keadaan kucar-kacir selepas PRU-13 haruslah ditangani dengan baik untuk tidak membangkitkan perasaan panik di kalangan masyarakat,” katanya. -BERNAMA

Sumber: KLIK SINI

Friday 15 March 2013

PANAS !!!!! Aksi Terbaru Dari Mat Goyang Malaysia !!!

Agak-agak kenal tak mamat tua ni ???
Sape pula mamat sebelah tu ???
Aiyok.... warming UP !!!
Dah semakin PANASz .....
U love me ????
Give me a kiss lol ....
So sweet....
Jap ye... Sabar lol...
Ok... half ready for u...
Full ready... let ROCK !!!
U so HOT !!!

HOT !!! BN untuk KELANTAN, KELANTAN untuk BN ???


KUALA KRAI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat Kelantan perlu memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 nanti kerana kerajaan BN akan melakukan yang terbaik untuk mereka.

Beliau berkata sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, semua janji untuk memajukan negeri ini, termasuk tujuh projek yang diumumkan semasa lawatan beliau Januari lalu, akan ditunaikan BN.
“Janji Barisan Nasional adalah janji ditepati,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 45,000 orang pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai di sini Jumaat.

Najib yang dalam lawatan sehari ke negeri ini, berkata tindakan sedang diambil bagi melaksanakan tujuh projek itu termasuk pembinaan lebuh raya dari Kuala Krai-Kota Baharu, yang bukan sahaja memberi faedah kepada penduduk jajahan Kuala Krai, tetapi rakyat seluruh negeri ini.

Beliau berkata kerajaan BN juga akan menyelesaikan masalah bekalan air bersih yang membelenggu rakyat Kelantan berikutan kegagalan kerajaan negeri pimpinan PAS menyelesaikannya walaupun sudah lebih 22 tahun memerintah.

Sambil membidas tindakan kerajaan negeri memberi tanah kepada pemimpin DAP Perak, Najib berkata kerajaan BN bersedia untuk memberi tanah kepada rakyat Kelantan yang rata-rata ‘dahagakan’ hak untuk memiliki tanah.
“Jangan beri tanah kepada pemimpin DAP…buat apa beri tanah kepada pemimpin DAP…rakyat Kelantan dahagakan tanah…pemimpin DAP dapat 10,000 ekar tanah, rakyat Kelantan dapat apa? Kita akan beri tanah kepada rakyat Kelantan,” katanya.

Perdana menteri turut membidas pemimpin pembangkang yang katanya hanya pandai menabur janji tetapi gagal untuk menunaikannya dan ini dapat dilihat berlaku bukan sahaja di Kelantan tetapi di Selangor.
Beliau berkata PAS yang sanggup ‘melutut’ kepada pemimpin DAP, gagal melaksanakan perjuangan menegakkan negara Islam dan hukum hudud, yang dicanang selama ini.
Pengerusi BN itu juga berkata kerajaan BN bersedia untuk memajukan negeri ini dengan membawa masuk pelaburan besar supaya dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak untuk generasi muda.
Najib mahu rakyat negeri ini menolak pemimpin PAS yang memperkecil pelbagai bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang dihulurkan kerajaan pusat kepada rakyat, dengan menyamakan pemberian itu umpama hampas kelapa, jerami dan padi untuk haiwan.

Perdana menteri yakin gelombang sokongan yang kini semakin besar kepada BN, menunjukkan rakyat sudah tidak sabar lagi untuk memberi mandat kepada BN pada PRU-13 nanti untuk memerintah Kelantan.
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Umno Kuala Krai Datuk Ramzi Abdul Rahman. - BERNAMA
Kredit Photo-NST

Sumber: KLIK SINI

PILIH BN, PILIHAN TERAIK !!!

Thursday 14 March 2013

PANAS !!! Apa Kaitan Anwar & Misuari ???


Kerajaan diminta menyiasat hubungan baik antara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari.

Menurut laporan Bernama, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata hubungan mereka itu dilihat menimbulkan persoalan apabila Anwar dan Nur Misuari kerap berjumpa meskipun kedua-duanya tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi.

"Bagi saya, Anwar dan Nur Misuari kini saling mempergunakan antara satu sama lain untuk mencapai matlamat masing-masing," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parlimen Bera di Bohor Baru, di sini, Khamis.

Turut hadir Anggota Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata pendedahan laman web WikiLeaks baru-baru ini membuktikan Anwar dan Misuari sering mengadakan pertemuan.

"Gambar Anwar yang rambutnya sudah putih itu membuktikan bahawa itu adalah gambar terbaharu.

"Dia (Anwar) sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat politiknya," katanya.

Sumber: KLIK SINI

Lepas ni, semua pasti terbongkar.... Kejadian di Lahad Datu tercetus selepas beberapa ketika pertemuan dua makhluk ni. Kedua-dua dibuai perasaan tamak politik tinggi melangit sehingga lupa akar sasa dalam bumi ALLAH...

Tanpa bukti, puak-puak pembangkang terus menerus menuduh & menfithnah kerajaan yang mencetuskan kejadian di Lahad Datu. Kerana hasad dengki puak pembangkang terhadap pemerintah sampai ada yang sanggup mengatakan  anggota keselamatan yang meninggal itu hanyalah sia-sia... Agak-agak patut tak puak macam tu kite campak je ke laut hitam, pasti sesuai kerana hati mereka pun dah hitam legam...

Wednesday 13 March 2013

Gempaq !!! Mai Pi..


Apa ditunggu lagi... Kalau sebelum ini Stadium Bukit Jalil telah berjaya digegarkan dengan Himpuanan Perdana Anok-Anok Kelate Di Perantauan bersama PM kite,marilah beramai-ramai ke PERHIMPUNAN ANAK KEDAH pula.. kasi gegar Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur...  

Tuesday 5 March 2013

HOT !!! Sultan Sulu Kantoi Besar ???!!!

<LELAKI YANG MENGAKUI DIRINYA SULTAN JAMALUL> 
KETURUNAN SULTAN SULU NAMPAKNYA GAGAL MEMAHAMI PERJANJIAN YANG TELAH DIBUAT BERKAITAN DENGAN SABAH! NAH! BACA CERITA KAT BAWAH NI! KEKEKE!!!


1. Siapakah Yang Menceroboh?

Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army)1 datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata2. Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II.3 4 Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.

2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu?

Tidak.

Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu:

Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.

(Info Seterusnya> BACA DI SINI)


Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram.

3. Apakah Tujuan Kumpulan Penceroboh?

‘Mantan sultan’ Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai ‘rumah’ mereka:

“Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami”.


4. Adakah Filipina Pernah Membuat Tuntutan Terhadap Sabah?

Ya.

Filipina membuat tuntutan terhadap Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di Filipina, memiliki hak ke atas Sabah.

Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian mengenai tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.

5. Adakah Malaysia Boleh Membuat Tuntutan Terhadap Wilayah Milik Filipina Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan Sabah Sebagai Pusat Pentadbiran?

Sabah tidak pernah menjadi pusat Kesultanan Sulu.

Malah, Sabah dianggap kurang penting oleh Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepada British North Borneo Company pada 22 Januari 1878.

Pusat Kesultanan Sulu terletak di Maimbung, Jolo.

6. Adakah Pihak Di Malaysia Yang Menyokong Tuntutan Kesultanan Sulu Ke Atas Sabah?

Wakil The Manila Times di Mindanao, Al Jacinto, melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua Pakatan Rakyat, mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.

ABS-CBN News melaporkan bahawa kumpulan penceroboh tersebut telah dijemput oleh seorang ahli politik pembangkang:


A Philippine military officer interviewed by Reuters also said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu – an island group off the southern Philippines – who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.

(Seorang pegawai tentera Filipina yang ditemuramah Reuters juga berkata bahawa kumpulan tersebut merupakan pengikut kepada waris Sultan Sulu – sebuah kepulauan di selatan Filipina – yang diundang ke Sabah oleh seorang ahli politik pembangkang Malaysia untuk membincangkan isu tanah.)

7. Benarkah Malaysia Membayar Sewa Kepada Filipina Untuk Sabah?

Tidak.

Malaysia membayar ‘cession money‘ sebanyak USD5,000 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu.

‘Cession money‘ ialah bayaran penyerahan, dan bukan bayaran sewa. Selain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain di dunia yang diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:

1. Louisiana, diserah oleh Perancis kepada Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah USD15 juta, atau kurang USD0.03 seekar.

2. Alaska, diserah oleh Russia kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD7.2 juta, atau USD0.02 seekar..

8. Apakah Wilayah Yang Menjadi Hak Kesultanan Sulu?

Royal House of Sulu9, laman web rasmi Muedzul Lail Tan Kiram, mendakwa bahawa wilayah-wilayah yang menjadi hak Kesultanan Sulu termasuklah Jolo, Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina, selain Sabah dan Pulau Balambangan di Malaysia. Kepulauan Spratly juga didakwa di bawah hak Kesultanan Sulu.

Jolo, Basilan dan Tawi-Tawi sekarang berada di dalam wilayah pentadbiran Filipina yang dinamakan ARMM (Autonomous Region in Muslim Mindanao – Wilayah Autonomi Muslim Mindanao). ARMM dicadang untuk digantikan dengan wilayah autonomi baru yang dikenali sebagai Bangsamoro.

9. Adakah Filipina Mengiktiraf Kesultanan Sulu?

Tidak.

Kali terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Sultan Sulu ialah pada 24 Mei 1974 apabila Presiden Filipina ketika itu, Ferdinand Marcos, mengeluarkan Memorandum Order No. 427 yang menabalkan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan.

Sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram, kerajaan Filipina tidak pernah lagi mengiktiraf mana-mana individu sebagai Sultan Sulu.

10. Adakah Ini Bermakna Filipina Memanipulasi Kesultanan Sulu Untuk Menuntut Sabah?

Filipina dilaporkan pernah memulakan ‘Operation Merdeka‘ pada 1967, satu operasi ketenteraan untuk melatih pasukan komando daripada etnik Tausug dan Sama yang beragama Islam bagi menimbulkan ketidakstabilan dan kacau-bilau di Sabah.

Namun, sebaik sahaja mengetahui matlamat sebenar operasi ini ialah untuk memerangi kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam, pelatih-pelatih etnik Tausug dan Sama ini telah menuntut agar dihantar pulang. Walau bagaimanapun, Pasukan Bersenjata Filipina (AFP – Armed Forces of the Philippines) dikatakan telah menembak mati para pelatih ini. Dilaporkan seramai 11-64 orang telah mati ditembak. Kejadian ini dikenali sebagai Jabidah Massacre (Pembunuhan Jabidah) atau Corregidor Massacre (Pembunuhan Corregidor).

William Larousse10, Michael Leifer11, Andrew T. H. Tan12 dan Alfred W. McCoy13 adalah antara para penulis yang telah melaporkan kejadian ini.

11. Apakah Peluang Filipina Untuk Menuntut Sabah Sekiranya Kes Ini Dibawa Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)?


Tipis.

PERTAMA, kerana waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

KEDUA, kerana Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.
Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

KETIGA, geran pajakan yang ditandatangani antara British North Borneo Company dan Kesultanan Sulu itu telah diatasi oleh Protokol Madrid 1885.

Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:



Article 3

The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’.

(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)14

KEEMPAT, Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

KELIMA, kerajaan Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

KEENAM, laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan.

KETUJUH, Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).15



KELAPAN, jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka.

Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini. 

(Sumber: KLIK SINI)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...