Sunday, 24 February 2013

Janji Ditepati VS Kebangkitan Rakyat


Di Malaysia terdapat dua pertandingan parti yang dilihat membawa agendanya tersendiri untuk memikat hati rakyat yang sentiasa menilai siapa baik dan siapa tidak baik. Rakyat menjadi pengadil kepada pertandingan yang diadakan bagi mencapai matlamat politik masing-masing.

Bagi pihak kerajaan, slogan “janji ditepati” merupakan ayat-ayat yang rakyat sedia maklum bahawa setiap janji atau manifesto kerajaan pasti akan ditepati. Sebaliknya bagi pihak pembangkang pula, sentimen meniup semangat kebangkitan rakyat agar menentang kerajaan dipertaruhkan bagi mencapai matlamat politik sempit.

Dapat kita lihat dua perbezaan dalam perjuangan politik Malaysia yang dilihat agak kotor kebelakangan ini berbanding pada PRU yang lepas. pelbagai agenda yang pembangkang  aturkan dengan tujuan untuk meniup semangat kebangkitan rakyat. Pelbagai cerita disebarkan tanpa mengambil berat kesahihan cerita tersebut.

Bagi kerajaan, prinsip perlaksanaan “janji ditepati” dilihat berjalan secara sederhana tanpa menghasut pengikutnya untuk membenci dan mengecam pihak pembangkang, malah hanya berkempen untuk memastikan rakyat sentiasa berpuas hati dengan kredibiliti kerajaan Malaysia.

Berbeza dengan prinsip “kebangkitan rakyat” yang jelas dapat dilihat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat kebanyakan melaungkan kebencian terhadap kerajaan dan membuatkan semangat pengikut-pengikutnya membuak-buak bencikan kerajaan. Ianya berlaku di pentas-pentas ceramah dan di alam maya blog atau facebook.

Cuba anda bezakan dua perjuangan parti politik untuk mencapai matlamat masing-masing ini. Pasti anda sebagai penilai dapat melihat bagaimana suasana politik di Malaysia sekarang. Perjuangan untk rakyat adalah untuk membela rakyat dan memastikan rakyat selesa hidup di Malaysia. Tetapi kenapa pembangkang perjuangkan rakyat dengan cara meniup rasa kebencian kepada kerajaan pemerintah?

Adakah sikap pembangkang merupakan sikap mulia dan boleh ditunjukkan sebagai perkara yang positif? Anda sebagai rakyat boleh tentukan. Dua misi parti politik di Malaysia jelas kelihatan sekarang. Tiada perkara yang tersirat dapat dilihat dan semuanya dilakukan secara terang-terangan semata-mata untuk meraih undi dan simpati rakyat.

Apa yang harus anda nilaikan, di manakah silapnya permainan politik yang tampak jauh perbezaan ini? Kerajaan yang sentiasa memperjuangkan rakyat dan pembangkang yang ingin menjatuhkan kerajaan yang selama ini bertungkus-lumus membela rakyat.

Kini pilihan di tangan anda. Adakah anda memilih kerajaan yang sedia ada dengan perjuangan bersih semata-mata untuk rakyat atau pembangkang yang hanya tahu menghasut rakyat untuk membenci kerajaan. Dua perjuangan yang pastinya banyak perbezaan dan anda perlu pertimbangkannya.

Sumber: KLIK SINI

Friday, 22 February 2013

PANAS !!!!! PAGE 1 JUTA RAKYAT MALAYSIA MENYOKONG KEPIMPINAN DS NAJIB ADALAH MILIK PAKATAN RAKYAT !!!


Edisi kantoi kali ini mendedahkan sebuah page dalam laman facebook yang sebenarnya adalah milik Pakatan Haram. Page tersebut ialah page1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Kepimpinan DS Najib.

Yang menjadi tanda tanya kepada saya ialah, mengapa page tersebut menggunakan nama Ds Najib untuk page mereka ? Bukankah Pakatan Haram benci sangat-sangat dengan Najib dan 
UMNO/BN? Apakah modus operandis page tersebut ? Adakah untuk menarik minat rakyat untuk mengLIKE page mereka ? Atau mereka menggunakannya untuk menjatuhkan UMNO/BN ??

Namun, bak kata pepatah .. " sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua ". Begitulah yang terjadi kepada page tersebut. Ianya terbongkar bilamana seorang facebooker telah menghantar mesej ke page tersebut bahawa salah satu posting dar page tersebut mengganggunya. Amat mengejutkan apabila respon yang diberikan olehadmin page tersebut begitu mengecewakan. Kata-kata kesat dilemparkan terhadap si pengadu.


Salah seorang admin page tersebut sebelum ini pernah saya siarkan didalam EDISI KANTOI sebelum ini, iaitu Rudie. Yang dikenali sebagaiRudie Al Gore atau Rudie Ah Gore dan juga sebagai Rudie Wayar Putuih selain dari itu, Rudie juga menggunakan nama Nan Yuri. Rudie memiliki lapan buah akaun fb. Empat darinya adalah akaunnya menyamar sebagai orang UMNO/BN. Sementara itu, lima akaunnya yang lain sedang dalam siasatan untuk didedahkan. Ngeh2 ..
 Apa pun kita semua kenali Rudie memang KAKI FITNAH !! Rudie juga adalah pemilik page Ah Rudie Gore ( Pengulas Politik dan Isu Semasa ) . dan juga salah seorang admin page Isu Politik Semasa versi Pakatan Haram.
 Apa pun, kepada penyokong-penyokong UMNO/BN, seperkara yang saya nak nasihatkan kepada anda semua. Semua page-page  Pakatan Haram tu, tak perlulah anda LIKE. Anda tak LIKE pun, anda tetap dapat masuk untuk membaca dan memberi komen terhadap posting-postingmereka.
Kalau anda LIKE, akan menambah jumlah orang yang mengLIKE . Dan dengan ini secara tak langsung mereka menganggap ramai yang menyokong mereka.

Sumber: KLIK SINI

Gempaq !!! Nik Aziz Malu Tahap Beruk Mak Yeh ???


Ya! Itulah kesimpulan yang dibuat setelah berbincang dengan beberapa orang rakan SH malam tadi berkaitan dengan kenyataan Si Nik Aziz sebelum ini.

Menurut nukilan rakan blogger Semut Hitam, hakikatnya, dia memang dah malu dengan tindakan Kerajaan yang jelas menjaga Kebajikan rakyat secara terang - terangan. Dia sendiri pun tak mampu nak buat macam tu.

Kemaluan dia ditambah pulak apabila Rejim - Rejim Pakatan lain dok ikut jejak langkah yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional dengan memberi bantuan kepada rakyat.

Di Pulau Pinang dan di Selangor pun dok bagi bantuan yang sama macam apa yang dibuat oleh Kerajaan Pusat. Hanya Rejim PAS Kelantan je yang tak buat.

Tu sebab la Si Nik Aziz ni jadi geram dan mula memaki hamun orang yang pergi menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia sebelum ini dengan panggilan 'Haiwan'.

Kot kalau orang yang ambik duit bantuan BR1M tu semuanya 'Haiwan', habis yang dok mentekedarah duit dari Rejim DAPigs Pulau Pinang dan Rejim Pakatan Selangor tu apa?

Bukan ke cara yang diorang buat pun sama jugak dengan apa yang dibuat oleh pihak Kerajaan Pusat? Ke cara diorang tu dianggap sebagai satu cara Islam pulak?

Tak lupa jugak bahawa Si Nik Aziz ni bertambah malu apabila ada dikalangan ahli - ahli PAS sendiri turut terjebak mengambil duit BR1M secara terang - terangan.

Dulu, dia dah keluarkan fatwa bahawa sesiapa yang ambik duit BR1M ni serupa macam ambik duit Haram. Kononnya, BR1M tu duit rasuah.
Tapi, fatwa yang dia keluarkan tu semua orang tak ikut. Semua orang tak peduli dah apa yang Si Nik Aziz tu cakap. Dulu boleh la dia buat mereka tunduk.

Sekarang dah tak boleh dah. Sengat dia dah hilang. Ramai jugak ahli - ahli PAS termasuk bekas - bekas ADUN dan Yang DiPertua Kawasan berebut - rebut ambik duit tu.

Jadi, tu pasal la Si Nik Aziz ni malu sebab suara dia dah tak laku. Apa yang dia cakap orang dah tak jadikan sebagai kata - kata azimat. 

Orang hanya anggap percakapan dia tu umpama nyanyukan seorang ahli Politik yang dah terlanjut usianya. Cuma dia je yang tak sedar diri lagi.

Nasihat SH buat Pok Nik, bawak - bawak la berenti dari nak berpolitik ni. Duduk je kat rumah, main dengan cuc. Ada jugak faedahnya dari dok buat kerja yang bukan - bukan ni. Lagi banyak dia bercakap, lagi banyak kesilapan yang dia buat. Yang malunya dia jugak!!!

Sumber: KLIK SINI

GEMPAR !!!! Rakyat Mangsa Kerakusan PKR



KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan cadangan kerajaan Selangor untuk menghentikan projek-projek kerajaan persekutuan hanya akan merugikan rakyat negeri itu.

Beliau berkata pertikaian sehingga menghentikan projek tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan merugikan rakyat dan pembangunan juga akan terbantut di Selangor.

“Kita akan bincang perkara ini dan tentukan apa tindakan yang patut kita lakukan sama ada kita minta perintah mahkamah atau apa-apa tindakan selanjutnya. Apapun mereka hendak lakukan, pokoknya rakyat akan rugi,” kata pengerusi BN itu pada sidang media selepas menghadiri perjumpaan khas dengan pemimpin dan anggota Majlis Tertinggi parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri di sini, Jumaat.

Beliau mengulas tindakan kerajaan Selangor yang menggantung semua projek jalan raya dan prasarana kerajaan persekutuan sebagai tindak balas keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kes kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Mahkamah memutuskan Majlis Perbandaran Sepang tiada kuasa mengeluarkan notis meruntuhkan tiang dan menutup kamera AES itu.

Dalam pada itu, Najib mencabar Pakatan Rakyat supaya turut menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International.

“Selama ini mereka tuduh macam-macam terhadap BN. Kita sudah sanggup tandatangani Ikrar Integriti ini, sepatutnya kalau betul mereka perjuangkan soal salah guna kuasa dan rasuah, inilah masanya mereka buktikan pendirian mereka yang konsisten dan tegas dalam hal ini tetapi mereka enggan untuk tandatanganinya pula,” katanya.

Ikrar Integriti itu dapat membendung salah guna kuasa, membeli undi, salah guna wang dan juga sumbangan kepada parti politik yang sepatutnya masuk ke dalam akuan parti, yang boleh disabitkan di bawah Akta Pilihan Raya, kata beliau.

Perdana menteri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang parti itu tidak akan menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya bersama Transparency International Malaysia (TI-Malaysia). - BERNAMA

Sumber: KLIK SINI

Agenda terbaru PKR menghentikan projek persekutuan yang mana ia diperlukan rakyat persekutuan adakah gara-gara untuk jimat budget untuk beli treller jelajah masa PRU13 ???? Parti Khianat Rakyat amat sesuai untuk PKR... 

Inikah parti yang dikatakan bakal membela rakyat ??? Semata-mata hendak bermewah-mewahan masa PRU13 sanggup menghentikan projek-projek persekutuan. Jadi, di mana PKR meletakkan kepentingan rakyat dengan kepentingan diri sendiri ???

Panas !!! PAS Gadai Islam Demi Treler Kempen?



Tidak hairanlah jika PAS berkeras tidak mahu keluar daripada Pakatan Pembangkang dan seterusnya bergabung bersama UMNO mempertahankan kesucian Islam. Buktinya telah terhidang di hadapan mata seluruh rakyat Malaysia.

Perasmian kenderaan yang bakal digunakan oleh PAS untuk menjalankan kempen yang kononnya dihadiahkan seorang ‘hamba Allah’ serta ditambah dengan wang derma yang dikutip selama ini telah disempurnakan oleh Presiden parti tersebut di hadapan Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut tengahari semalam.

PAS sudah mewah dan mampu menggunakan kenderaan yang baru semenjak bergabung dengan DAP dan PKR yang sememangnya mempunyai pendana sendiri. Treler milik PAS ini telah dilengkapi dengan wi-fi, sistem PA dan janaelektrik tersendiri selain daripada sebuah pentas berukuran 40 kaki x 9 kaki.

Hebat betul Pakatan Pembangkang. Ramai sungguh yang bermurah hati menyalurkan dana kepada parti mereka. Satu ketika dahulu PKR melakukan Jelajah Merdeka Rakyat menggunakan Bas Mewah yang dimiliki oleh si Khalid Gagap, Menteri Besar Selangor.

Kemudiannya bertambah mewah dengan treler yang terpampang gambar Ketua Umum PKR, Anwar Al-Jub. Kemuncaknya Anwar Al-Jub melakukan Jelajah Merdeka Rakyat ke Borneo dengan menaiki jet persendirian yang juga ditaja oleh seseorang.

Tidak lama selepas itu, DAP pula merasmikan treler berpentas mereka yang bertema ‘Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia’. Tidak seperti Anwar  yang gila glamour, DAP tidak meletakkan wajah pemimpinnya melainkan memaparkan gambar maskot burung enggang yang besar.

Justeru, demi wang dan kuasa, PAS merelakan diri mereka diperkudakan oleh DAP dan PKR yang terang-terangan menyokong kebebasan beragama yang boleh digunapakai terhadap umat Islam juga seperti yang pernah diperkatakan oleh Nurul Izzah satu ketika dahulu.

Demi kemudahan menggunakan wang yang banyak daripada pendana untuk menjalankan kempen menghadapi PRU13, PAS sanggup menggadai kalimah Allah yang seharusnya dipelihara kesuciannya daripada tercemar .

Ternyata, PAS kini hanya mementingkan kuasa politik di dunia tanpa rasa bersalah memperdagangkan agama. PAS bukanlah sebenar-benar parti yang berteraskan Islam melainkan menggunakan jenama Islam untuk kepentingan politik sendiri.

Jika dahulu PAS sibuk mengatakan UMNO hanya berjuang demi kuasa politik dan bukan untuk Islam, apa bezanya PAS kini? Mungkin Allah sudah menterbalikkan doa menghancurkan kerajaan zalim BN kepada PAS hingga tertutup hati mereka untuk meninggalkan Pakatan Pembangkang demi Islam.

Umat Islam di Malaysia, janganlah kita turut sama seperti PAS menggadaikan kesucian Islam demi kelangsungan politik. Marilah kita bersama UMNO/BN untuk mempertahankan kesucian Islam dari tergadai ke tangan kafir laknatullah.

Sumber: KLIK SINI

Wah !!!! Mewah sekarang PAS, dapat hasil perkongsian dana asing dari PKR  ke ??? Untung Puak Ajaran Sesat ni, patutla sayang sesangat kat Bapa LGBT & Icon Gula-Gula Hacks... Sebelum ini ada puak ini kata dana tak ada untuk buat kebajikan kepada rakyat negeri PR... Tak cukup dana untuk melaksanakan program perjuangan keISLAMan... tak cukup dana untuk menyelesaikan masalah rakyat dalam negeri PR... Ini ape cer pula ek ???

Cukup-cukupla untuk berMUNAFIK...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...