Tuesday 19 February 2013

Panasss !!!! Sultan Sulu Di Persenda???



Tian Chua hari ini dengan bongkak mempertikai serta mempersenda isu pencerobohan pengikut Sultan Sulu di Lahad Datu, Sabah. Naib Presiden PKR itu turut menggesa kerajaan menjawab persoalan yang timbul tentang ‘keaslian’ insiden tersebut.

Dalam satu sidang media, Tian Chua membuat provokasi terhadap pihak berkuasa dengan mendakwa tidak berusaha untuk melucutkan senjata penceroboh berkenaan.

Sikap yang ditunjukkan Tian Chua bukan saja tidak sensitif terhadap keselamatan penduduk Lahad Datu, malah dengan bongkak menganggap diri sebagai serba tahu.

Memang inilah gaya politik Anwar Ibrahim yang sudah menjadi darah daging orang PKR, apa saja yang dilakukan pihak kerajaan dan pasukan keselamatan akan dinafikan dengan mudah. 

Kerana bagi orang PKR hanya Anwar saja mampu melakukan perkara betul, ini turut disahkan para ulama PAS yang lurus bendul.

Kenyataan Tian Chua bukan yang pertama dari kalangan pemimpin PKR, sebelum ini pun sudah ada pemimpin PKR yang mempersenda rundingan yang dibuat pihak berkuasa dengan penceroboh tersebut. 

Pihak berkuasa akan dianggap cerdik dan bijaksana jika mereka mengumumkan sokongan terhadap Anwar atau PKR. Itu saja prinsip perjuangan Pakatan Rakyat...

Inikah gaya pemimpin yang ingin kita pilih untuk menjaga kepentingan rakyat, sedangkan isu berkaitan konflik keselamatan dengan mudah dijadikan 'persendaan' dan modal politik...

Sumber: KLIK SINI

Kalau dah PENYANGAK tetap penyangak... Tanpa soal selidik yang terperinci, sewenang-wenangnya membuat FITNAH sebegini rupa yang mana jelas-jelas berunsurkan perkauman... Di tambah pula dengan unsur KESULTANAN...

Ape agaknya hukuman yang sesuai untuk puak sebegini rupa??? Ape pula agenda Puak Kelentong Rakyat ini??? Adakah untuk menaja rusuhan kaum???

Kalau beginila rupa puak yang kononnya berangan nak jadi PM, ape akan terjadi dengan nasib rakyat di sabah??? Kalau sebelum ini  Hadi Awang pula pernah mengeluarkan kenyataan bahawa orang yang memakai cawat tidak layak dalam PAS, kenyataan ini tidak akan pernah rakyat Sarawak lupakan... Harakah Daily pula pernah menyiarkan kenyataan AJK PAS Pusat, Idris Ahmad yang mana menghina warga SARAWAK "Negeri Sarawak Sekolah Dalam Reban Ayam"

AGI IDUP, AGI NGELABAN!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...