Tuesday 19 February 2013

DAP: Chua Jui Meng Dalang Serangan


Belum pun reda kemelut yang melanda DAP dan pengikut Pas yang menolak pengunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam, kerjasama politik antara pakatan pembangkang sekali lagi di landa badai. Terbaru, Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau dilaporkan berkata tidak lagi dapat bekerjasama dengan Ketua PKR Johor, Chua Jui Meng.

Sumber dalaman parti itu ketika dihubungi mengatakan, hubungan antara kedua pimpinan negeri itu ‘ibarat retak yang menanti belah’. Mereka saling menyalahkan antara satu sama lain dan ‘tidak sebulu’ sejak sekian lama.
Menurut Cheng Hau lagi, naib presiden PKR itu adalah merupakan dalang utama ke atas beberapa serangan terhadap parti komponen pakatan pembangkang. Tidak cukup dengan itu, Cheng Hau turut mengesa agar pucuk pimpinan menjalankan satu siatasan terhadap Jui Meng dan menuntut agar Chua dilucutkan jawatan sebagai Ketua PKR Johor.

Gesaan yang dibuat oleh Cheng Hau itu turut disokong oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh yang memandang serius terhadap dakwaan yang dibuat itu dan akan menubuhkan satu badan siasatan bagi mengesahkan tuduhan tersebut.

Walaupun ada di kalangan pimpinan pakatan pembangkang yang merasakan isu ini tidak akan memberi kesan terhadap jentera parti dalam menghadapi pilihanraya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi. Namun rakyat dan masyarakat perlu melihat isu ini dari sudut yang lebih luas.

Isu pokok yang perlu dilihat ialah, kegagalan pimpinan pakatan pembangkang dalam mewujudkan satu kerjasama yang kuat di kalangan parti komponen mereka. Dan keharmonian antara mereka hanyalah sandiwara semata-mata dan yang paling utama saling tidak mempercayai antara satu sama lain.

Dan seandainya mereka berjaya menawan Putrajaya dan sekaligus merampas kerajaan negeri Johor (semoga Allah menjauhkan) kerajaan yang bakal dibentuk adalah merupakan kerajaan yang rapuh.

Kegagalan mereka mewujudkan kerajaan yang kuat bakal menyebabkan ekonomi Malaysia jatuh merudum sekaligus meningkatkan kadar inflasi yang bakal menghimpit dan membebankan rakyat.

Dengan terbentuknya sebuah kerajaan yang lemah di kalangan parti komponen akan menyebabkan pimpinan negara menjadi telalu sibuk dengan politik dan isu berkenaan ekonomi dan pembangunan akan turut diketepikan.
Cuba kita renung sejenak sejarah tanah melayu suatu ketika dahulu, bila mana pemimpin saling berebut kuasa sehingga mengakibatkan kerajaan menjadi lemah, penjajah telah mengambil kesempatan sehingga berjaya menumbangkan kerajaan yang ada pada ketika satu demi satu.

Di harapkan semoga rakyat dan masyarakat dapat melihat bagaimana kerakusan untuk mendapatkan kuasa, telah membutakan mata mereka sehingga terdorong untuk melakukan apa sahaja. Dalam kamus perjuangan mereka, ‘matlamat menghalalkan cara’ adalah sebagai satu cara mengunakan apa sahaja bentuk asalkan ia membolehkan mereka mencapai apa sahaja yang diinginkan.

Sumber: KLIK SINI

Ini la rupa penyangak OKU terbesar yang ada dalam PR, bagai ANAKHONDA dalam selimut... 

Dalam parti saling bertelagah, bagaimana puak Penyangak Rakyat ini hendak mentadbir negara kalau parti tidak punya kestabilan, tidak punya asas yang kukuh? Apakah ini semua dapat memberi keyakinan kepada rakyat yang Penyangak Rakyat ini mampu memberi jaminan keAMANan, keSELAMATan & keMAJUan negara?

Dalam pada masa yang sama, PAS & PKR hanya ANGGUK je...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...