Seorang penduduk Kampung Merchong kecewa dan sedih dengan tindakan Fariz Musa, calon PKR bagi Parlimen Pekan yang mengaibkannya dalam ceramah kononnya beliau mandi air longkang dan tidak mendapat bantuan kerana orang Pas.
Fariz Musa yang juga penyelaras Jingga 13, bukan sahaja giat didalam medium media sosial, malah turut giat juga didalam sesi ceramahnya menjaja sebuah kisah “Makcik Merchong”.
Sehingga 2 malam lepas, Fariz Musa masih terus membangkitkan isu “Makcik Merchong” ini.
Mungkin ramai yang tidak tahu tentang kisah sebenar “Makcik Merchong” ini dan mungkin ada yang tidak tahu apa-apa langsung.
Kisah “Makcik Merchong” ini pernah disiarkan didalam keadilandaily ditulis oleh Arif Juhani dengan tajuk “Ribuan warga Myanmar, Kemboja dapat IC, undi Najib di Pekan?”.
Didalam artikel ditulis Arif Juhani tersebut, 4 perenggan terakhir merupakan fitnah terhadap individu tidak berdosa yang dilemparkan untuk tujuan politik sempit dan kotor PKR dalam keterdesakan meraih undi.
Tambah Koordinator NGO Jingga 13 itu, ketika di Merchong, beliau bertemu seorang warga emas lingkungan 60 tahun dalam sebuah rumah yang uzur tanpa bekalan air dan elektrik.“Saya diberitahu, beliau hanya mendapatkan air dari longkang dan parit untuk kegunaan seharian dan sebenarnya masih ramai lagi penduduk Pekan mengalami kedaifan serupa.“Menurut mangsa, caj deposit lebih RM1,000 yang dikenakan untuknya mendapat bekalan elektrik sangat jelas tidak mampu dibayar,” kata Fariz.Dalam perkembangan berkaitan, Fariz menyatakan, wujud isu warga emas lain yang dinafikan hak mendapatkan bantuan kebajikan kerana bukan ahli Umno. – keadilandaily
Warga emas yang dimaksudkan inilah yang penulis maksudkan sebagai “Makcik Merchong” kerana selepas Fariz Musa giat mempromosikan isu ini, maka warga emas ini diberikan nama jolokan “Makcik Merchong”.
Apa yang agak melucukan adalah, Fariz Musa dalam “melelong” fitnahnya itu, dia sendiri tidak tahu nama sebenar “Makcik Merchong” ini.
“Makcik Merchong” ini atau nama sebenarnya Salasiah, telah penulis kunjungi dan ketika itu beliau ada bersama anaknya Zakaria, dan kedatangan penulis disambut baik.
Katika ditanya tentang kehadiran Fariz Musa kerumahnya, beliau menyatakan bahawa beliau tidak mengenali siapa Fariz Musa namun mengakui pada hari didatangi oleh orang asing tidak dikenali terdapat ceramah di markas pembangkang berdekatan rumahnya.
Anak beliau juga mengatakan bahawa ibunya didatangi tanpa sebarang keizinan.
Katika ditanya tentang menggunakan air longkang sebagai penggunaan harian, Salasiah menafikan sekeras-kerasnya.
“Ayaq (air) longkang tu yang kotoq (kotor)… ayaq (air) limbah… makcik mandi guna air parit ni ha… parit ni bukan kotoq (kotor)… bersih… longkang tu yang kotoq (kotor)… nak masak nak minum ada air paip…” jawab beliau dalam dialek Kedah menafikan dakwaan Fariz Musa.
“Apa yang nak tipu ni… Paip semua dah siap pasang… Untuk masuk letrik pun dah siap… Cuma belum masuk je lagi sebab rumah ni kira baru lagi…” jawab anaknya Zakaria.
Ketika ditanya berkaitan laporan keadilandaily (salinan diserahkan kepada anaknya), Zakaria memberitahu laporan berkenaan adalah fitnah dan memalukan keluarganya.
“Tak patutlah buat macam ni… memalukan mak saya… cakap mandi longkang ni semua… minum air longkang…” tambahnya.
Kemudian penulis menemui ketua kampung, Mohd Akhir Bin Yunus untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Menurut Mohd Akhir, Salasiah adalah antara penduduk awal yang membuka kampung ini.
Selepas berkahwin, beliau telah berpindah ke Nenasi mengikut suami, namun selepas kematian suaminya, beliau berpindah semula ke Merchong kira-kira 3 tahun yang lepas.
Sekembalinya ke Merchong, terdapat masalah berkenaan rumah asalnya berkaitan dengan tuan milik tanah.
Kamudian, Salasiah dalam tergesa berpindah ke kawasan paya ini dan mendirikan rumah.
Sebaik sahaja mantan ADUN yang ketika itu berkhidmat sebagai YB iaitu YB Sahak mendapat tahu tentang Salasiah yang terpaksa berpindah ke kawasan paya untuk mendirikan rumah dalam keadaan tergesa, YB telah membantu Salasiah mendirikan rumah, menambak, membuat jalan dan pelbagai bantuan yang diperlukan untuk keselesaan Salasiah.
Salasiah juga tidak mahu tinggal di rumah anak-anaknya yang lain sebaliknya memilih untuk menetap dirumah berkenaan bersama anaknya Zakaria.
Penulis cuba mendapat respond beberapa penduduk kampung berkaitan artikel yang disiarkan didalam keadilandaily berkenaan dan juga penyebaran fitnah Fariz Musa didalam media sosial dan juga ceramahnya.
eberapa penduduk kampung juga telah penulis tanyakan berkaitan perihal “Makcik Merchong” ini.
Rata-rata penduduk tidak tahu menahu berkaitan fitnah yang sedang Fariz Musa lemparkan kepada Salasiah dan rata-rata penduduk tempatan juga menafikan apa yang difitnah oleh Fariz Musa tersebut.
Masing-masing meluahkan rasa terkejut dengan tuduhan Fariz Musa berkenaan, dan ada yang meluahkan rasa marah kerana dakwaan Fariz Musa mengatakan penduduk yang susah tidak diberikan bantuan oleh kerajaan.
Mereka menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan.
Menurut penduduk kampung yang tidak mahu namanya disebut, menyatakan bahawa kerajaan memberikan bantuan kepada semua tanpa memilih parti.
Malah sebuah rumah yang dibantu oleh kerajaan kini telah bertukar menjadi markas pembangkang dan berjalannya ceramah-ceramah pembangkang.
“Sudahlah rumah berkenaan dibantu oleh kerajaan, boleh pula bising dapat bumbung warna biru sebab nak bumbung warna hijau… Tak bersyukur langsung…” katanya sinis.
Pada pandangan penulis, kempen Fariz Musa dalam memburukkan dan memalukan Salasiah sekeluarga dan penduduk tempatan di Merchong kini hanya menjadi jenaka kepada penduduk di Pekan.
Dalam menjaja cerita “Makcik Merchong” ini, nama sebenar “Makcik Merchong” pun Fariz Musa tak tahu, macam ni punya orang pun ada…
Malah sebenarnya, ramai yang tidak tahu siapa Fariz Musa.
Kalau ada yang tahu pun, mereka ketahui Fariz Musa ini sebagai menantu peneroka Felda Chini yang ada kes “moral” semasa menjadi Guru.
Jadinya, warga Pekan hanya tahu “kes” Fariz Musa dan tidaklah mengenali siapa Fariz Musa ni.
Adalah menjadi satu kebiasaan buat pembangkang akan mempergunakan apa cara sekalipun bagi meraih simpati dan juga sokongan rakyat waima memalukan sesiapa sahaja jua.
Dan itulah juga yang dilakukan oleh Fariz Musa, calon pembangkang (PKR) Parlimen Pekan (P085) yang mencabar penyandang kerusi Parlimen Pekan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri kesayangan rakyat Malaysia, didalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Sebaiknya, Fariz Musa ni berhenti memfitnah Salasiah yang tak berdosa apa-apa dengan Fariz Musa ni.
Berpolitk dan berkempenlah cara matang dan berhemah sepertimana “style” atau cara kempen Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib, calon Barisan Nasional dan penyandang Parlimen Pekan.
SUMBER> KLIK SINI